Saturday, January 22, 2011

B.I.C.A.R.A. A.L.A.M


Semalam aku berbicara sama langit luas,
`cintaku pada dia seluas dadamu’
Lalu angin bertanya,
`bagaimana cintamu pada yang maha ESA?’


Aku juga berbicara pada bulan
`hasratku semurni cahayamu’
Lalu angin berkata,
`semoga hasratmu dalam barakahNYA’



Sempat juga menyapa angin
`Sampaikan salam rindu pada dia di daerah sana’
Lalu angin berbahasa,
`rindu itu penyakit hati’



Sungguh,rindu itu bersarang di jiwa,
Terpakasa ku tahan demi sebutir redhaNYA..
Sungguh,hari yang berlalu lantang menguji,
Mesti ku teguh demi barakah ilmuNYA..
Sungguh,nafsu dan syaitan tidak berputus asa,
Tetapi kemenangan tiada lagi buat mereka
Kerana mereka sangat angkuh..
Sungguh,aku sangat berharap
Aku tidak akan tergelincir lagi dan terus hanyut
insyaALLAH..





1 comment:

Muna Majidah Zameran said...

suka pun kata2 nih
hurm, nak bg 1 formula;
TAKUT + HARAP + CINTA = HAMBA ALLAH YG CEMERLANG!
(faham?klau xfaham, nnti buka cuti muna terangkn, insyaAllah)