Saturday, August 28, 2010

s.y.u.k.u.r.

Assalamualaikum...
kali ini belum mahu continue `warkah da'wah'.
hanya ingin berkongsi rasa syukur ke hadart
ILLAHI yang telah menunutun ana ke jalan yang benar.
ALHAMDULILLAH..ana tlah mmbuat kputusan yang betul.insyaALLAH.

sudah terbukti janji ALLAH;barang siapa yang menolong agamaKU,aku akan menolongnya.
sangat sukar untuk mmbuat keputusan itu kerana ia melibatkan banyak pihak..
tetapi lebih sukar rasanya untuk berdepan dengan murka ALLAH S.W.T.
lalu ana kuatkn hati,yakin pada pertolongan ALLAH.

tatkala fikiran masih bercelaru,xtahu apa yg harus ana lakukan.
xtahu ape keputusan dan jalan terbaik,,ALLAH hadir,membuka mata hatinya
untuk melihat ape yg ana cuba sampaikan...dan terima kasih akhi kerana memehami ana..

hati ana tenang bila saja akhi menyatakan hasrat yg sama..kami benar2 faham itu,ttp
tiada kekuatan untuk menzahirkannnya kerana terlalu menjaga hati...ttp syukur pada ALLAH
kerana mmberi kakuatan pd ana untuk sedarkn kami...

lalu keputusan ini,kami sandarkn atas syariat,dan harapan ana,semogalah kami bristiqamah
dengan keputusan ini...sungguh,walaupun sukar untuk kami,tetapi ianya indah bila adanya redha ALLAH.
insyaALLAH..

p/s:  selamkn rasa rindu padaku dan timbulkan rasa rindu pada ALLAH dan utusanNYA..

Friday, August 27, 2010

w.a.r.k.a.h d.a'.w.a.h.

Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum ana mengorak warkah ini, ana ingin meminta sesuatu daripada anta. Ana berharap anta dapat membaca warkah ini dengan mata hati. Coretan ini bukanlah berniat untuk menyindir, jauh sekali untuk menyakiti. Tetapi warkah ini lahir atas kesedaran ana dan ana berharap kita beringat sebelum terlanjur… peringatan seorang muslimah kepada muslimin.
Anta,
Ana minta maaf kerana sudah berhari-hari ana tidak hiraukan anta;tidak membalas sms anta atau tidak menjawab panggilan anta. Sebenarnya hari-hari yang tanpa berita itu, ana sedang bermuhasabah. Ana mencari khilaf yang ana telah lakukan sepanjang hidup ini. Hasilnya, sangat banyak yang ana telah lakukan. Khilaf kapada Allah dan rasulnya serta manusia2 yang lain sehingga tidak tersenarai semuanya. Sehingga tidak mampu untuk meratap semua dosa-dosa yang telah ana lakukan sepanjang hidup selama 19tahun ini.Tidak perlulah ana senaraikan semuanya kerana itu rahsia ana dan Allah.

Anta,
Minta maaf sekali lagi untuk mengatakan bahawa anta adalah salah satu kesilapan yang besar dalam hidup ana. Bukan,bukan salah anta. Tetapi salah ana sendiri. Ana asyik dengan kasih yang anta ukirkan pada hati ana. Ana gembira dengan dunia fantasi ini. Ana rapuh dengan ungkapan cinta anta.Ana jahil dengan apa yang dikatakan zina. Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud
`dan janganlah kamu mendekati zina.
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang buruk’
Dalam tidak sedar, telah banyak zina yang telah kita lakukan. Astaghfirullahalazim….beristighfarlah akhi,sangat kesal ana rasakan bila kita menjauhkan diri dari ajaran agama kita yang indah ini. Jangan salah faham.Ana tidak bermaksud kita tidak membuat apa yang disuruh oleh agama.tetapi kita telah membuat apa yang dilarang dalam agama.ana tahu, kita solat, kita puasa, kita bersedekah, kita mengaji. Tetapi bolehkah amalan2 ini boleh menutup kekhilafan kita terhadap agama?
(continue..)

Tuesday, August 24, 2010

D.O.N.T G.O..T_T

setiap yg bertemu itu,pasti berpisah.
itu sudah pasti..CUMA
kita xtahu bila,dimana dan ,mengapa?
perpisahan itu berlaku...

ukhuwah itu indah andai
bertemu dan berpsah kerana Allah.
lalu,kita belajar untuk meredhai
setiap pemergian..


TETAPI,,bagaimana pula jika ukhuwah yg terputus??
mungkin krn fitnah,salah faham,tau terpengaruh.

"barang siapa yg tidak bertegur sapa dengan saudaranya
lebih dr 3hari maka dia bukan dr umatku"
nabi Muhammad S.A.W.
kerana islam itu bersaudara...

ana nak pesan jew.law antum rase ade kemusykilan ngn
ikhwah antum,cuba selesaikn secara damai.
adakn musyawarah sebelum wat decesion..
luahkn ape yg trbuku dihati..
insyaALLAH,Allah akn membantu secara lansung tau tidak
itu kuasa ALLAH S.W.T.

lalu,simpulkn kembali ukhuwah itu,
gilap kembali mutiara kasih,
suburkan kembali sunnah junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W.

katakan pada ikhwah antum,,
DON'T GO,UNLESS ALLAH CALL YOU!!


P/S: pada sume kgkawan ana,anggaplah diri ini,diri antum.
sayangilah diri ini,sprti sayangnya antum pd dr antum.
"tidak beriman seseorang itu jika dia tidak menyayangi
saudaranya sprti dia menyayangi diri mereka sdr"

Tuesday, August 10, 2010

S.A.L.A.H A.K.U.

Dah banyak kali aku wat da terase.
Dah banyak kali da mengadu.
Dah banyak kali da nasihatkan aku.
Dulu,ktorang ok.tp da kate aku da brubah skang..
Aku sedih wat da camni.

Dulu,aku putuskan ktorang juz kawan
coz aku tau da akan terluka.
Aku cam xhiraukan da sgt.
Bukan tanak hiraukn da,p aku mmg gni..

xde niat tuk sakitkn hati sesape.
xde niat nk lukakan sesape.

"andai kehadiran aku hanya melukakn da,aku
memilih tuk tidak penah wujud lam dr da"

Saturday, August 7, 2010

D.U.G.A.A.N.N.Y.A...


Thniah kepada Roslan bin Seno n Nur Tqiyah bt ABD Aziz.
Selamat pengantin baru.

Alhamdulillah,abg telah membuat keputusan yg muktamad
dgn memeperisterikn kak.ikatan mereka termetrai tanggal
30/7/2010...Ramai sanak saudara meraikan bersama n turut
berkongsi kegembiraan 2insan ini..
Senyuman terukir di setiap sudut.bunga2 bahagia kembang
harum di jambangan hati.Disertai mutiara Syukur pada ILLAHI.

ironinya perkahwinan itu,tersembunyi sebuah citra cinta
yang amat sukar dilalui..jalannya bukan saja berliku dan
onaknya bukan sekadar berduri..
Dalam senyuman itu,trsimpan rasa perit di hati.
pilihan yg muktamad itu terpakasa ditelan pahit.
NAMUN Allah telah mentakdirkan semuanya...

Smpai bila harus dibiarkan madu di sarang lebah?
oraklah langkah mu n pintalah madu itu....
siramlah perit hatimu dgn madu itu
dan rasalah betapa manisnya hidup bila
kau sanggup untuk menerima....

p/s:semoga kekal ke akhir hayat...

zahirkan cerita...


Assalamualaikum....
ouh,da lame sgt2 xbke blog nh.
bnyk tuk deceritakan.tp xsume bley dizahirkan.
Suasana yang same,care yg berbeza.
melangkah ke tahun 1,sarjana muda,
aku masih di usim,nilai.

secara amnye,banyak yg da berubah,banyak bnde
yang baru je trjadi,banyak proses hidup yg telah
dilalui,banyak pengalaman yg ditimba,n banyak pgjaran yg mengajar.
NAMUN tak ketinggalan;banyak mase tlah trbuang,banyak silap n khilaf
yg telah berlaku,banyak penyesalan yg disesalkn,n banyak masalah
yang belum diselesaikan...

aku masih mengorak langkah,mencanang
mase depan yg bakal tiba,I.Allah.
4tahun tuk tamatkan degree,bukanlah 1jangka mase
yang panjang,,dalam xsedar jarak 4tahun itu
hanyalah sehasta cume.mampukah aku mencanang
mase depan ini dalam jarak sehasta perjalann mase?
oh,cume sehasta....