Sunday, October 3, 2010

j.o.m. n.a.s.y.i.d.

KITA BOLEH

umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam...
jangan buang masa,siapa kata kita tidak boleh?
kita ada ALLAH maha kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!! 
 
SAYANG 5PERKARA

sayang kepada ALLAH,
sayang RASUL,
sayang IBU BAPA,
sayang kepada UMAT,
sayang kepada KECEMERLANGAN...
mari kita semua, SAYANG 5 perkara...                          

w.a.r.k.a.h d.a'.w.a.h(cont)

 
Anta,
Ana berasa sangat malu untuk berdepan tuhan kita yang maha esa setiap kali berdialog denganNYA. Andaikata Allah bertanya dimanakah tempatNYA didalam hati ana,ana malu untuk menjawab Allah di hati ana kerana Allah pasti sedih kerana tarafNYA sama dengan makhluk yang lain iaitu anta kerana ana juga sedih jika ada orang lain di hati anta selain ana.Tetapi itu sudah tidak penting lagi buat ana.


Anta,
Ana berkata begitu bukan kerana ana tidak sayangkan anta, tetapi aspeknya brbeza sekarang.sekarang ana lebih sayangkan anta sebagai  seorang muslim. Ana tidak mahu kita mensia-siakan masa dengan mainan perasaan ini.bukan bermaksud ana tidak percaya dengan perasaan anta.tetapi biarlah tepat pada masanya.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya.ana sedar, diri ini tidaklah sezuhud mana..mungkin tidak layak untuk bercakap begini kepada anta.tetapi inilah yang ada dalam hati dan fikiran ana sekarang.
Anta,
Ana ingin berterima kasih kerana sudi memilih ana dari kawan2 yang lain sedangakn ana sangat banyak kekurangan dibadingkan dengan mereka.tetapi moleklah kita tangguhkan dulu perasaan ini. Ana ingin mengajak anta mencari cinta Allah dan rasul terlebih dahulu. Marilah kita berjihad dengan menahan godaan syaitan dan ujian2 Allah ini. Ana rasa tidaklah sesukar mana jika dibandingkan dengan jihad anak2 kecil di tanah air mereka yang sering bergolak.