Friday, August 27, 2010

w.a.r.k.a.h d.a'.w.a.h.

Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum ana mengorak warkah ini, ana ingin meminta sesuatu daripada anta. Ana berharap anta dapat membaca warkah ini dengan mata hati. Coretan ini bukanlah berniat untuk menyindir, jauh sekali untuk menyakiti. Tetapi warkah ini lahir atas kesedaran ana dan ana berharap kita beringat sebelum terlanjur… peringatan seorang muslimah kepada muslimin.
Anta,
Ana minta maaf kerana sudah berhari-hari ana tidak hiraukan anta;tidak membalas sms anta atau tidak menjawab panggilan anta. Sebenarnya hari-hari yang tanpa berita itu, ana sedang bermuhasabah. Ana mencari khilaf yang ana telah lakukan sepanjang hidup ini. Hasilnya, sangat banyak yang ana telah lakukan. Khilaf kapada Allah dan rasulnya serta manusia2 yang lain sehingga tidak tersenarai semuanya. Sehingga tidak mampu untuk meratap semua dosa-dosa yang telah ana lakukan sepanjang hidup selama 19tahun ini.Tidak perlulah ana senaraikan semuanya kerana itu rahsia ana dan Allah.

Anta,
Minta maaf sekali lagi untuk mengatakan bahawa anta adalah salah satu kesilapan yang besar dalam hidup ana. Bukan,bukan salah anta. Tetapi salah ana sendiri. Ana asyik dengan kasih yang anta ukirkan pada hati ana. Ana gembira dengan dunia fantasi ini. Ana rapuh dengan ungkapan cinta anta.Ana jahil dengan apa yang dikatakan zina. Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud
`dan janganlah kamu mendekati zina.
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang buruk’
Dalam tidak sedar, telah banyak zina yang telah kita lakukan. Astaghfirullahalazim….beristighfarlah akhi,sangat kesal ana rasakan bila kita menjauhkan diri dari ajaran agama kita yang indah ini. Jangan salah faham.Ana tidak bermaksud kita tidak membuat apa yang disuruh oleh agama.tetapi kita telah membuat apa yang dilarang dalam agama.ana tahu, kita solat, kita puasa, kita bersedekah, kita mengaji. Tetapi bolehkah amalan2 ini boleh menutup kekhilafan kita terhadap agama?
(continue..)

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ida hazlitt said...

salam...
sebenarnya sy xtujukan post ini untuk sesapew.
sekadar pringatan sdr dan rakan2.
supaya kita same2 fikir.
so,mitak maap tuk salah faham

p/s: sy da lupakn sume tuh.
n xtujukan post ni tuk awk..